PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN DAN QIRAAT QQ GEMILANG
(No Pendaftaran Syarikat: 002268199-P)
Pusat Pengajian Al-Quran & Qiraat QQ Gemilang mula beroperasi pada November 2013. Ia ditubuhkan atas dasar cinta kepada Al-Quran dan mahu lebih ramai belajar membaca Al-Quran disamping memperkenalkan ilmu qiraat kepada masyarakat.
QQ Gemilang bukan “business-oriented”. Dari awal lagi, ia beroperasi atas sumbangan ramai dari pelbagai aspek samada premis, tenaga, peralatan dan wang ringgit.
Berpegang kepada prinsip “memberi”, maka terdapat kuliah dan ceramah yang tidak dikenakan bayaran.
QQ Gemilang mempunyai guru-guru berpengalaman dan telah berkecimpung dalam bidang Al-Quran melebihi 10 tahun dibawah pimpinan oleh Ustazah Hajah Latifah Taib. Beliau yang berpengalaman mengajar mempunyai sanad 10 qiraat dan merupakan anak murid Dato’ Sheikh Haji Sallehudin bin Omar iaitu hakim Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa.
Kaedah pengajaran dijalankan secara talaqqi-musyafahah iaitu interaksi antara seorang guru dengan seorang pelajar sehingga berjaya menamatkan pembacaan. Dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik, pusat pengajian ini memberi ruang keselesaan kepada pelajar untuk memilih waktu pembelajaran mengikut kesesuaian masa mereka (tertakluk kepada kekosongan tempat).

MISI
Menjadi pusat pengajian yang menyediakan pendidikan Al-Quran dan qiraat secara bersanad
VISI
Melahirkan ummah yang mencintai Al-Quran, seterusnya berilmu, beramal, berpegang teguh dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup
OBJEKTIF
- Melahirkan individu yang mampu membaca Al-Quran secara tartil melalui kaedah talaqqi-musyafahah dengan bimbingan guru yang bersanad.
- Mempelajari ilmu tajwid secara mendalam serta dapat menzahirkannya melalui pembacaan.
- Mencetus minat masyarakat untuk mempelajari pelbagai bentuk bacaan Al-Quran berdasarkan TUJUH orang Imam terkemuka dalam bidang qiraat.
- Menghayati dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran dalam usaha mencontohi sunnah Rasulullah.
- Melahirkan individu yang berpotensi untuk mengajar ilmu Al-Quran kepada generasi akan datang.
CARTA ORGANISASI
JAWATANKUASA PENASIHAT
Dato’ Sheikh Haji Sallehudin bin Omar
(Hakim Tilawah Al-Quran Antarabangsa,
Pengerusi Pusat Pengajian Al-Quran Ulung Gemilang)
Sheikh Haji Azahari bin Haji Othman
(Pakar
Rujuk Al-Quran Darul Quran & JAKIM)
Sheikh Haji Ab Malek bin Ab Manaf
(Pensyarah Kanan Darul Quran (JAKIM)
Ustaz Ahmad Tarmizi bin Abdul Rahman
(Finalis Akademi Al-Quran Musim Ketiga,
Qari Rancangan Halaqah TV9, Qari TV Al Hijrah)
No comments:
Post a Comment