Monday, 5 January 2015

PERUBAHAN JADUAL KELAS DAURAH KITAB TAUHID

Dimaklumkan kelas tersebut akan diadakan setiap Khamis bermula pada bulan Januari 2015.  Kelas pertama dalam bulan Januari 2015 adalah seperti berikut:

Hari : Khamis, 15 Jan 2015
Masa : 3.00 ptg - 5.00 ptg
Pengajar : Ustaz Ahmad Fakhrurrazi bin Mohammed Zabidi
Yuran : RM40 sebulan

Kepada yang berminat, sila ke pejabat untuk urusan pendaftaran.  Terima kasih.

BARU !!!  KELAS AQIDAH

Sukacita dimaklumkan kelas tersebut akan diadakan setiap Rabu minggu pertama dan minggu ketiga setiap bulan bermula pada bulan Jan 2015.

Hari : Rabu, 7 Jan 2015 (kelas pertama)
Masa : 3.00 ptg - 5.00 ptg
Pengajar : Ustaz Mohamed Sabir bin Jamaludin
Yuran : Percuma
Buku : Iman dan Kehidupan (harga RM20)

Sila dapatkan buku di pejabat.

BARU !!! KELAS TAFSIR AL-QURAN

Sukacita dimaklumkan kelas tersebut akan diadakan setiap Selasa bermula pada bulan Jan 2015.

Hari : Selasa, 13 Jan 2015 (kelas pertama)
Masa : 3.00 ptg - 5.00 ptg
Pengajar : Ustaz Ahmad Fakrurrazi bin Mohammed Zabidi
Yuran : RM40 sebulan

Kepada yang berminat, sila ke pejabat untuk urusan pendaftaran.  Terima kasih.

Friday, 12 December 2014

KULIAH DHUHA

TOPIK : TANDA HATI YANG HIDUP & MENCARI HUSNUL KHOTIMAH
PENCERAMAH : USTAZAH ZULAIKHA MUHAMMAD (kelulusan Dar Azzahra, Tareem & salah seorang penterjemah Ummu Salim bin Umar bin Hafidz)
TARIKH : 15 DISEMBER 2014 (ISNIN)
JAM : 10.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN QQ GEMILANG

Semua dijemput hadir.

Friday, 7 November 2014

PROGRAM KEMBARA ANAK SOLEH (ProKAS)

Untuk cuti sekolah bulan Disember akan datang, kami akan menganjurkan program ProKAS di atas. Program ini adalah terbuka untuk umur 9 - 19 tahun. Butiran adalah seperti berikut:

Hari & Tarikh : Khamis, 18 Disember 2014
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan QQ Gemilang
Yuran : RM50 sahaja untuk seorang
Tarikh tutup pendaftaran : Rabu, 10 Disember 2014

Daftar cepat, tempat terhad.



Thursday, 20 February 2014

Laporan Ceramah Perdana Dr Robiah K Hamzah di QQ Gemilang

Alhamdulillah, Sabtu lepas 15 Feb 2014,  telah berlangsung ceramah perdana 'Cinta Allah Cinta Ibadah' disampaikan oleh penceramah jemputan Dr. Robiah K Hamzah.  Di antara intipati ceramah beliau ialah supaya kita ingat Allah 24 jam sehari, bukan semasa solat sahaja atau masa-masa tertentu.

Terimakasih kepada semua yang hadir dan kepada mereka yang telah berusaha dan bekerja keras supaya ceramah ini dapat berjalan dengan lancar.

QQ Gemilang akan memaklumkan dari masa ke semasa mengenai ceramah yang dirancang.  Nantikan pengumumannya di blog ini.







Tuesday, 18 February 2014

Kelas Bahasa Arab untuk Muslimat

QQ Gemilang telah menambah kelas pengajian baru iaitu kelas Bahasa Arab untuk muslimat bermula bulan Februari 2014.  Kelas akan diadakan setiap Rabu pukul 3.30 ptg - 4.30 ptg.  Kelas pertama ialah 5 Februari 2014. Marilah beramai-ramai mendaftar untuk kelas ini.  Bahasa Arab, bahasa Al-Quran.






Tuesday, 31 December 2013

Ceramah Perdana di QQG

Sukacita dimaklumkan kami akan menganjurkan program ceramah ulung perdana dengan mengundang khas penceramah terkenal.  Butiran adalah seperti berikut:

Tajuk Ceramah : CINTA ALLAH CINTA IBADAH
Penceramah : Dr. Robiah K. Hamzah
Hari & Tarikh : Sabtu, 15 Februari 2014
Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi


Kemasukan adalah percuma.  Oleh kerana tempat adalah terhad, penyertaan hanya terbuka kepada mereka yang mengisi borang penyertaan yang disediakan.



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat kami di talian 03 - 89 200 877 atau Pn. Zaida 013-3608035. Sekian, terima kasih.