Thursday, 20 February 2014

Laporan Ceramah Perdana Dr Robiah K Hamzah di QQ Gemilang

Alhamdulillah, Sabtu lepas 15 Feb 2014,  telah berlangsung ceramah perdana 'Cinta Allah Cinta Ibadah' disampaikan oleh penceramah jemputan Dr. Robiah K Hamzah.  Di antara intipati ceramah beliau ialah supaya kita ingat Allah 24 jam sehari, bukan semasa solat sahaja atau masa-masa tertentu.

Terimakasih kepada semua yang hadir dan kepada mereka yang telah berusaha dan bekerja keras supaya ceramah ini dapat berjalan dengan lancar.

QQ Gemilang akan memaklumkan dari masa ke semasa mengenai ceramah yang dirancang.  Nantikan pengumumannya di blog ini.







Tuesday, 18 February 2014

Kelas Bahasa Arab untuk Muslimat

QQ Gemilang telah menambah kelas pengajian baru iaitu kelas Bahasa Arab untuk muslimat bermula bulan Februari 2014.  Kelas akan diadakan setiap Rabu pukul 3.30 ptg - 4.30 ptg.  Kelas pertama ialah 5 Februari 2014. Marilah beramai-ramai mendaftar untuk kelas ini.  Bahasa Arab, bahasa Al-Quran.






Tuesday, 31 December 2013

Ceramah Perdana di QQG

Sukacita dimaklumkan kami akan menganjurkan program ceramah ulung perdana dengan mengundang khas penceramah terkenal.  Butiran adalah seperti berikut:

Tajuk Ceramah : CINTA ALLAH CINTA IBADAH
Penceramah : Dr. Robiah K. Hamzah
Hari & Tarikh : Sabtu, 15 Februari 2014
Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi


Kemasukan adalah percuma.  Oleh kerana tempat adalah terhad, penyertaan hanya terbuka kepada mereka yang mengisi borang penyertaan yang disediakan.



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat kami di talian 03 - 89 200 877 atau Pn. Zaida 013-3608035. Sekian, terima kasih.

Wednesday, 27 November 2013

Kelas Tarannum oleh Ust Ahmad Tarmizi Abdul Rahman

Ust Ahmad Tarmizi Abdul Rahman yang merupakan Qari Rancangan Halaqah TV3 dan sering muncul di TV Al-Hijrah akan memulakan kelas tarannum pd hari selasa, 3 Disember ini. 



Friday, 22 November 2013

Pelajar

Kawan-kawan tunggu apa lagi.. jom belajar mengaji bersama kami :)

'AL-QURAN DI HATI, AL-QURAN DIHAYATI'




Antara pelajar yang terawal dan termuda di QQG

Monday, 18 November 2013

DAFTAR SEGERA

Pendaftaran telah dibuka. Tempat adalah TERHAD





Tenaga Pengajar dan Kualifikasi

Sijil pengiktirafan sanad yang dimiliki oleh Ustazah Hajjah Latifah Taib.





Ustazah Hajjah Latifah Taib, pengajar utama.

To' Puan Hajjah Zainap Ismaun, salah seorang tenaga pengajar.


Sunday, 17 November 2013

Program brainstorming QQ Gemilang

Antara aktiviti awal yang diadakan ialah sesi brainstorming yang melibatkan tenaga pengajar yang akan bertugas di pusat ini. Program yang diadakan pada 17 Nov 2013 yang lalu bermula pada jam 9 pagi sehingga 1 tengahari. Semua tenaga pengajar berusaha mengeluarkan idea-idea bernas bagi melancarkan lagi perjalanan pusat pengajian ini.






Saturday, 16 November 2013

Antara kitab yang digunakan

Antara kitab-kitab dan Al-Quran yang akan digunakan.

 
Buku Sejarah Al-Quran


Al-Quran qiraat Kisa'i


Al-Quran qiraat Warsy 'an Nafi'






Al-Quran qiraat Syu'bah 'an 'Asim


Kitab Al-Quran qiraat 10



Monday, 11 November 2013

Sedia beroperasi

Bilik pengajaran



Bilik solat



Dewan utama





Pandangan dari luar bangunan



Majlis Bacaan Yasin

Pusat Pengajian Al-Quran dan Qiraat QQ Gemilang (QQG) telah dibuka pada hari Isnin 11 November 2013 bersamaan 7 Muharram 1435H. Satu majlis ringkas telah diadakan bertempat di pusat pengajian ini yang beralamat di B-05-1, Plaza Paragon Point, Jln Medan Pusat Bandar 5, Bandar Baru Bangi.

Majlis diisi dengan bacaan Yasin yang diketuai oleh Ust Alias bersama para muslimah yang juga merupakan tenaga pengajar di pusat ini.